Warganet kecewa, keadaan terkini Tasik Chini semakin teruk

Warganet kecewa, keadaan terkini Tasik Chini semakin teruk

Baru-baru ini kecoh di media tempatan dengan berita mengenai keadaan terkini Tasik Chini semakin ‘teruk’ akibat aktiviti perlombongan. Tasik Chini adalah tasik semulajadi yang kedua terbesar selepas Tasik Bera dan mendapat pengiktirafan Rizab Biosfera UNESCO.

Bagaimanapun, melihatkan keadaan terkini Tasik Chini yang sudah hilang kehijauan akibat kegiatan pembersihan hutan. Malah UNESCO mendapati dalam tinjauan berkalanya, tasik ini tidak lagi memenuhi rangkaian Rizab Biosfera dengan aktiviti tersebut serta berlakunya kemerosotan sumber air di sana.

Selain dari itu, di Twitter baru-baru ini isu keadaan Tasik Chini di Pahang juga telah menjadi bualan hangat warganet. Keadaan terkini Tasik Chini itu cukup membuatkan ramai terkejut dan sedih.

Perkongsian oleh seorang pengguna Twitter tersebut yang mana dia meluahkan rasa sedih melihatkan situasi yang berlaku. Berikut adalah muat naik yang dikongsikan oleh individu tersebut:

Dalam perkongsian tersebut kelihatan rata-rata hutan di sekeliling Tasik Chini itu hampir ‘gondol’ akibat aktiviti pembalakan yang berlaku.

Situasi seperti ini sudah tentunya memberikan kesan kepada hidupan yang berada di sekitar Tasik Chini tersebut. Alahai, tak dapat dibayangkan! Malah di ruangan komen rata-rata warganet turut sedih menyaksikan kedaan ‘rakusnya’ manusia ini. Berikut antaranya:

“Ibarat bom jangka. Standby kawasan2 berdekatan dengan peristiwa banjir lumpur berulang lagi”

Screenshot at Aug 01 17-20-05

Screenshot at Aug 01 17-19-40

“Naga pun malas lepak tasik ni dah”

Screenshot at Aug 01 17-19-02

“Kecik2 dulu selalu pergi Tasik Chini sebab sedara aku owner resort kat situ..Memang best la duduk tido atas rakit…Tak sangka da jadi macam ni sekarang”

Screenshot at Aug 01 17-17-15

“..Kalau bukak maps Pahang, bersepah QR code”

Screenshot at Aug 01 17-16-31

COMMENTS