Wanita patah pinggang dan kaki akibat diragut, motosikal terjunam masuk parit

Wanita patah pinggang dan kaki akibat diragut, motosikal terjunam masuk parit

Oleh kerana diragut, seorang wanita patah pinggang dan kaki berhadapan Sego, Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, Kuching, Sarawak.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, kejadian ragut itu berlaku sekitar jam 6.15 pagi dan kertas siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan telah dibuka.

Memetik laporan Borneo Network, mangsa difahamkan dalam perjalanan hendak pergi ke kerja sebelum tiba-tiba didatangi suspek hingga menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit.

Susulan kejadian itu, mangsa kini mengalami kecederaan dan patah pada bahagian pinggang dan kaki serta kini dirawat di Hospital Umum Sarawak.
Rakan sekerja mangsa juga berharap agar pihak berkuasa berjaya menemukan suspek dan diberikan hukuman setimpal atas perbuatannya.

COMMENTS