Walaupun dikelilingi 12 keranda, pelanggan rilek makan malah jadi tarikan ramai

Walaupun dikelilingi 12 keranda, pelanggan rilek makan malah jadi tarikan ramai

Bagi sesetengah orang, kawasan perkuburan dianggap sebagai satu lokasi yang menyeramkan. Pun begitu, ia tak menghalang seorang pengusaha restoran ini untuk membina sebuah kedai makan di atas tanah perkuburan.

Lebih mengejutkan, ada 12 keranda yang seolah-olah menjadi centerpiece di kedai makan ini.

5Da9Cf59045A3142F41A95F3 E1659149983978

Insider melaporkan, New Lucky Restaurant di Ahmedabad, India, popular dalam kalangan penduduk setempat sejak 50 tahun yang lalu kerana konsep uniknya yang membenarkan pelanggan makan dan minum di samping keranda.

Mungkin ada yang menganggap keranda ini hanyalah replika atau gimik pemasaran, tapi menurut pemilik restoran ini, Krishnan Kutti, tanah dimana restoran itu dibina sememangnya adalah sebuah bekas tanah perkuburan sebenar.

Jelasnya, Krishnan sudah membeli tanah terbabit sebelum siasatan lanjut mendedahkan ia sebenarnya adalah bekas tanah perkuburan. Meskipun masih ada beberapa plot tanah yang masih ‘dihuni’, ia tidak menghalang Krishnan membina kedai makan berkenaan.

5Da9Cf59045A313332524A18 E1659150016172

Plot tanah kubur yang masih ‘dihuni’ pula dijadikan tarikan utama kerana pelanggan boleh makan bersebelahan plot ini.

Dipercayai merupakan bekas tanah perkuburan Islam, keranda dan plot tanah kubur yang berada di dalam restoran ini semuanya dipagar dengan pagar putih bagi mengelakkan ia dicerobohi.

Menurut Krishnan, ia seolah-olah ritual di kedainya untuk membersihkan dan menghiaskan keranda dan plot tanah kubur itu dengan bunga segar setiap pagi sebelum menerima pelanggan.

5Da9D0Ff045A3133B513F90D E1659150054669

Dipercayai merupakan bekas tanah perkuburan Islam, Krishnan menganggap makan bersama si mati boleh mendatangkan tuah dan disebabkan itu jugalah, restorannya kekal menjadi pilihan ramai.

COMMENTS