Uli adunan kek sampai ketiak bikin netizen naik loya!

Uli adunan kek sampai ketiak bikin netizen naik loya!

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki sedang ‘asyik’ mengadun bahan-bahan untuk membuat kek.

Video pendek itu ternyata telah mengundang rasa loya dalam kalangan netizen kerana proses pembuatannya yang sangat jijik dan menggelikan.

Dalam hantaran yang dimuatnaik ke Facebook itu, terlihat seorang lelaki memakai singlet kelabu sedang menguli adunan tepung dalam sebuah periuk besi dengan menggunakan tangannya.

Tidak memakai sebarang sarung tangan ataupun berpakaian lengkap, lelaki itu telah menyeluk sehingga paras siku selain memecahkan telur yang belum dibersihkan ke dalam adunan itu.

kek tangan

Malah, mesin pengadun juga kelihatan berkerak dan dipenuhi daki kotoran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli dan turut meminta pengusaha makanan agar lebih menjaga kebersihan ketika membuat makanan.

“Waktu dia lurutkan bancuhan kat lengan tu naik kejap bulu tengkuk aku” komen netizen.

COMMENTS