Tragedi seram! 4 cedera selepas periuk ‘steambot’ tiba-tiba meletup

Tragedi seram! 4 cedera selepas periuk ‘steambot’ tiba-tiba meletup

Dua kanak-kanak termasuk dua orang lagi individu dilaporkan mengalami kecederaan apabila periuk wap yang digunakan untuk makan ala ‘steambot’ telah meletup, seperti laporan The Star.

Kejadian itu difahamkan telah berlaku di sebuah restoran di Alamesra, Kota Kinabalu,semalam.

tragedi periuk steambot pecah

Dua mangsa dewasa telah mengalami kecedaraan melecur teruk akibat letupan periuk steambot itu manakala dua kanak-kanak lagi tidak dipastikan tahap kecederaan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Sabah menerusia pengarah pembantu operasinya, Misran Bisara memaklumkan pihak mereka ada menerima laporan mengenai insisden itu sekitar jam 9.06 malam semalam.

Ujarnya, ketika pasukan Bomba tiba, dua kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital untuk rawatan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Manakala dua orang dewasa, Wujon Marie Mae dan Roberto Antoni diberi rawatan awal sebelum dibawa ke pusat perubatan berdekatan.

COMMENTS