Tersepit depan pintu lif, lelaki nyaris hilang kedua-dua kakinya

Tersepit depan pintu lif, lelaki nyaris hilang kedua-dua kakinya

Tular video kejadian kaki tersepit pada pintu lif, lelaki dilaporkan alami kecederaan pada pergelangan kaki.

Seorang lelaki dilaporkan nyaris kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat kakinya tersepit pada bahagian pintu lif dalam kejadian di Desa Pinang 2, Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang.

Memetik laporan Utusan TV, kejadian cemas itu berlaku pada lewat malam kelmarin.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.43.

Jurucakapnya berkata sepasang kaki milik seorang lelaki didapati telah tersepit di antara aras bawah dan tingkat satu.

“Ketua operasi telah mengarahkan tindakan segera membantu mangsa dengan membuka pintu lif terbabit menggunakan peralatan khas,” katanya.

Dalam pada itu, kejadian tersebut telah disedari oleh orang awam yang sedang menunggu lif di aras bawah.

Mereka dipercayai telah terlihat kedua-dua pergelangan kaki mangsa dalam keadaan tersepit pada bahagian atas celah pintu lif.

Menurut Kosmo, mangsa yang merupakan seorang lelaki berketurunan Cina dan berusia 55 tahun itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat kurang 15 minit kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata bahawa mangsa telah diberikan rawatan awal oleh anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa ditemui dalam keadaan stabil dan dia dilaporkan mengalami kecederaan luka pada kedua-dua pergelangan kaki.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

@utusantvofficial

Reply to @ruslansalleh . Tak payah bayang, ni bagaimana dia masuk lif. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia

♬ Mysterious – Andreas Scherren

@utusantvofficial

Pelik tapi benar. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ Mysterious – Andreas Scherren

COMMENTS