Taknak menyusu bayi sebab isteri dibunuh

Taknak menyusu bayi sebab isteri dibunuh

Seorang suami didakwa kerana membunuh isterinya sendiri kemudian membuang mayat mangsa ke dalam karung di Kampung Jongjing, Desa Cerukcuk, Indonesia Sabtu lalu.

Memetik Kompas, pasangan tersebut merupakan bapa dan anak saudara yang menikah tanpa restu dari keluarga besar dan secara tidak sah di luar negara.

Ketua Polis Awam Banten, Shinto Silitonga berkata, sebelum berkahwin, mangsa masih mempunyai suami yang sah dan mempunyai dua orang anak.

“Kami juga menemukan fakta baharu yang mengatakan bahawa suspek juga merupakan bapa saudara kandung kepada mangsa dan perkahwinan mereka tidak direstui oleh keluarga,” jelasnya.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka selama lima tahun, pasangan dilihat berada dalam keadaan baik walaupun tidak direstui dan dikurniakan anak perempuan yang berusia lima tahun dan bayi 40 hari.

Perbalahan masalah ekonomi berakhir dengan tragis

Pernikahan suspek dengan manga juga sering berlaku pertelingkahan kerana masalah ekonomi sehingga sering keluar kutukan dari mulut si isteri.

“Perbincangan antara mereka sering berlaku ketegangan kerana pelaku tidak bertanggungjawab untuk menanggung nafkah keluarga, jadi maki hamun daripada isteri membuatkan suspek sakit hati,” kata Shinto, lapor Kompas.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai buruh di sebuah kilang tapi tetap tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarganya.

Kemuncak perbalahan itu berlaku pada Jumaat, 29 Julai 2022. Ketika itu, bayi berusia 40 hari itu menangis di sisi mangsa yang sedang tidur. Mendengar tangisan kanak-kank itu, suspek kemudian meminta isterinya bangun untuk memberi susu ibu supaya bayi itu berhenti menangis.

Mangsa tidak menyahut permintaan suspek mengakibatkan tercetusnya pertengkaran antara mereka berdua. Geram dengan kutukan yang keluar dari mulut isterinya, suspek mengambil tikar dan menekup kepala mangsa dan kemudian menindih mangsa.

“Lebih kurang dua minit suspek melakukan hal tersebut hingga mangsa tidak dapat bergerak dan mengalami sesak nafas yang akhirnya meninggal dunia,” jelasnya, lapor Kompas.

Buang mayat isteri bersama anak perempuan

Mengetahui mangsa sudah lagi tidak bernyawa, suspek berusaha menghilangkan jejak perbuatannya dengan membuang jasad isterinya.

Disebabkan bingung, suspek kemudian membawa mayat yang telah dibungkus dalam guni menggunakan motosikal ke kawasan Cerukcuk, Kabupaten Serang pada Sabtu, 30 Julai 2022.

“Suspek bersama-sama kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu mengeluarkan guni dari rumah sewa dan dibuang di lokasi mayat mangsa ditemukan,” kata Shinto.

Akhirnya, suspek berjaya diberkas oleh pihak berkuasa dan didakwa dengan akta 338 Kanun Jenayah menyebabkan kematian dengan hukuman penjara 15 tahun.

Kini, pihak penyiasat Unit Siasatan Jenayah Serang bersama P2TP2A Daerah Serang sedang cuba memulihkan keadaan psikologi anak mangsa.

“Anak mangsa juga sedar ketika kejadian pembunuhan itu dan menjaga adiknya yang masih bayi,” tambahnya.

Sebelumnya, penduduk Desa Jongjon, Baten dikejutkan dengan penemuan mayat yang berada di dalam guni. Mayat yang berada dalam guni besar itu diletakkan di tempat pembuangan sampah di tepi jalan Laban-Jongjing.

COMMENTS