“Tak perlu belanja staff makan”- Kenyataan wanita ini undang kecaman

“Tak perlu belanja staff makan”- Kenyataan wanita ini undang kecaman

Sebuah hantaran yang dimuat naik seorang ‘coach’ perniagaan yang dikenali sebagai Puan Ainon menjadi tular gara-gara kenyataannya yang ‘menjentik’ hati pekerja-pekerja makan gaji di luar sana.

Kata wanita itu, majikan tidak perlu membelanja para pekerja dengan acara makan-makan setelah mereka melakukan sebarang tugas dengan baik.

puan ainon

Alasan ‘coach’ itu, majikan sudah pun membayar gaji pekerja yang sememangnya hak mereka.

Simpan duit belanja staff makan-makan itu. Kita bukannya kedekut. Kita menguruskan duit bisnes dengan cara yang lebih bijak.

Jelasnya, duit ‘makan-makan’ itu patutnya ditukar sebagai duit bonus hujung tahun buat para pekerja.

Kenyataan tersebut sekaligus mengundang perdebatan dalam kalangan netizen di mana rata-rata mereka ada yang bersetuju dan tidka bersetuju dengan kenyataan Puan Ainon tersebut.

facebbok puan ainon

Memetik komen netizen, perbuatan belanja staf makan-makan itu sebenarnya dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja dan majikan selain dapat menambah rezeki.

Kita peniaga jangan terlalu fikirkan kebendaan dan keduniaan. Sesekali makan bersama-sama staf akan mengeratkan silaturrahim dan sedekah makanan adalah sebaik-baik sedekah – netizen

Selain itu, ada juga yang bersetuju dengan pendapat ‘coach’ bisnes tersebut dan menganggap staf patut dilayan sebagai pekerja yang dibayar gaji dan bukannya ahli keluarga.

COMMENTS