“Tak baik cakap b*bi”, Sangka ibu mencarut, aksi si kecil bikin netizen terhibur

“Tak baik cakap b*bi”, Sangka ibu mencarut, aksi si kecil bikin netizen terhibur

Gelagat anak-anak terkadang dapat membuatkan hari-hari kita lebih ceria. Apatah lagi disebabkan anak-anak ini masih mentah dan naif, lagak mereka sangat bersahaja serta menghiburkan. Mungkin ada dalam kalangan anda yang ada pengalaman ketika belajar mengaji masa zaman kanak-kanak dulu.

Sesuatu yang boleh dijadikan memori dan boleh dikenang serta diceritakan pada anak-anak generasi akan datang. Bagaimanapun, gelagat seorang kanak-kanak perempuan sedang belajar mengaji ini telah mengundang perhatian ramai.

Screenshot at Jun 15 17-19-39

Menerusi perkongsian rakaman oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun nkhayla ini dipaparkan seorang kanak-kanak perempuan comel bertudung, Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah anak ini tidak berpuas hati mengapa dia kena sebut ‘ba..bi’.

Katanya bukan ke tak elok dan tak boleh sebut perkataan tersebut. Korang saksikan sendiri gelagat anak kecil garang ketika mengaji ini dalam rakaman berikut:

@nkhayla

Macam mana nk selesaikan masalah ni ye?

♬ original sound – Nrkhyla – Nrkhyla

Perkongsian rakaman gelagat anak kecil garang ketika mengaji ini telah meraih jutaan tontonan. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya seperti berikut:

“Terhibur acik tengok adik. Sian mak kena marah kan. Hehe”

Screenshot at Jun 15 14-04-53

“Muka mak dia marah macam ni la. Anak mengikut. Hihi. Comel betul awak. Acik pun takut”

Screenshot at Jun 15 14-04-23

“Jangan macam tu dik. Rasa macam akak kena marah sekali tau”

anak kecil garang mengaji 1

“Nohh rokiahhh siap buat mata bulat tu tak tahan”

anak kecil garang mengaji 2

COMMENTS