Shahril dilantik Pengarah Ekonomi di PMO

Shahril dilantik Pengarah Ekonomi di PMO

Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian Hamdan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

Memetik laporan UMNO Online, Shahril berkata, beliau bertekad untuk menyumbang ke arah usaha pemulihan ekonomi negara dan masyarakat.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda UMNO itu turut merakamkan penghargaan kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana merestui pelantikan tersebut.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas pelantikan dan kepada YB Datuk Seri Presiden atas restunya.

“Insya-Allah saya akan laksana tugas sebaik mampu membantu pasukan ekonomi yang sedia ada dan cuba menyumbang ke arah pemulihan ekonomi makro dan rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Terdahulu, tular di media sosial gambar lulusan London School of Economics (LSE) itu menerima watikah perlantikan dari Perdana Menteri, di Putrajaya.

COMMENTS