Selamba picnic dalam wad hospital, “Siap bawak lesung batu”

Selamba picnic dalam wad hospital, “Siap bawak lesung batu”

Amalan menziarahi orang sakit sememangnya sesuatu yang mulia dan amat digalakkan agama Islam kerana ianya dapat mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturahim sesama muslim.

Namun, perlu diingat, semasa menziarahi orang sakit, kita sepatutnya menjaga adab serta tingkah laku, dan tutur kata dengan baik serta tidak berbuat bising.

Lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di laman Instagram yang memaparkan sebuah keluarga yang sedang melawat seorang pesakit di sebuah wad hospital.

Menerusi video tersebut, dilihat kesemua ahli keluarga yang datang telah duduk beramai-ramai di atas lantai untuk menjamu selera.

Malah, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila seorang wanita turut dilihat sempat menumbuk sambal menggunakan lesung batu di dalam wad tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mempersoalkan tindakan keluarga itu yang seperti ‘berpiknik’ di dalam wad hospital dan boleh mengganggu ketenteraman pesakit lain.

Habis satu wad bau belacan – netizen.

Mungkin itu untuk anak atau menantu kesayangannya, mahu merajuk kalau tak dapat makan ayam geprek,” tulis seorang pengguna Instagram.

COMMENTS