Sedekah RM 100 dapat ganjaran seribu kali ganda – Siti Nurhaliza

Sedekah RM 100 dapat ganjaran seribu kali ganda – Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terkenal dengan sifat peribadi yang pemurah dalam berkongsi rezeki.

Minta duit nak isi minyak

Terbaharu, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan dia didatangi seorang individu tidak dikenali yang meminta bantuan dari segi wang ringgit.

Kata Siti, 43, selepas mendengar luahan individu terbabit dia terus menghulurkan RM100 tanpa timbul perasaan syak wasangka.

Tolonglah cik.. tolonglah cik. Saya memang ada bawa dompet tetapi saya rasa masa bawa motosikal mungkin terjatuh. Saya perlukan sangat duit. Saya perlu RM50 saja untuk isi minyak.

Saya nak cucuk duit kat mesin atm pun tak boleh, kad tak ada. Saya betul-betul tengah susah.. saya tahan kereta lain, mereka ingat nak pau.

Jadi saya tak fikir lama, terus bagi dekat dia. Saya bagi RM100, alhamdulillah esok tu saya dapat RM100,000. Rezeki saya.. Bila kita percaya dan yakin, Allah akan bagi dengan mudah.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini bersyukur kerana Allah menjentik hatinya untuk bersedekah.

Itu adalah signal Allah kepada saya. Saya bersyukur sangat kejadian itu berlaku kerana Allah bagi peluang untuk saya bersedekah.

Magik bersedekah

@cikjan_88

Hebatnya kuasa bersedekah by Dato Siti❤️bgusnya Tok Ti ni dia tak pernah bersangka buruk dengan orang ..sebab tu la rezeki dia tak lernah putus sampai sekarang..#ctdk #sitizen #fypシ #fyp

♬ original sound – Cikjan88 – Cikjan88

Video rakaman itu dimuat naik di akaun TikTok beserta kapsyen ‘Hebatnya kuasa bersedekah Datuk Seri Siti. Bagusnya Tok Ti (panggilan) ini, dia tak pernah bersangka buruk dengan orang. Sebab itu la rezeki dia tak pernah putus sampai sekarang.’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berkongsi pengalaman bersedekah masing-masing.

Betul magiknya sedekah. Pernah berlaku pada saya banyak kali. Macam mimpi.

Banyak kali berlaku pada saya. Bila bagi tanpa fikir apa-apa, esok pasti Allah balas beranda. Masya-Allah hebatnya sedekah.

Saya percaya dengan konsep sedekah. Cepat atau lambat Allah akan balas. Satu lagi kita rasa akan rasa tenang ja jiwa bila bersedekah walaupun kita tengah sesak.

COMMENTS