PM lantik Jamil Khir sebagai penasihat agama

PM lantik Jamil Khir sebagai penasihat agama
Pengerusi Umno Kedah Jamil Khir Baharom dilantik penasihat agama kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Poster ucapan tahniah atas pelantikannya disiarkan di laman Facebook Umno Kedah dan dikongsi beberapa pemimpin parti negeri termasuk ketua bahagian Sungai Petani Shahanim Mohamad Yusoff dan bekas ahli parlimen Langkawi Nawawi Ahmad.

Jamil mengesahkan pelantikannya dengan FMT tetapi tidak mendedahkan sebarang butiran selain dia akan menasihati Ismail dalam isu hal ehwal agama.

Pun begitu, tidak jelas bila Jamil dilantik ke jawatan itu.

Terdahulu pada 10 Nov, didedahkan Ismail mempunyai tiga penasihat dalam bidang kesihatan, agama serta undang-undang dan hak asasi manusia

Dilaporkan ia melibatkan kos RM50,000 sebulan setiap seorang termasuk kakitangan mereka.

Pada masa itu, hanya identiti penasihat undang-undang dan hak asasi manusia – Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said – diketahui.

Jamil pernah menjadi menteri hal ehwal agama semasa pentadbiran Najib Razak dan tewas di kerusi parlimen Jerai kepada PAS pada 2018.

COMMENTS