Plastik belum buka dah remuk, netizen turut simpati dengan owner Alza 2022

Plastik belum buka dah remuk, netizen turut simpati dengan owner Alza 2022

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan tentang Perodua Alza 2022 yang baru dilancarkan dan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Ramai akui mereka mengimpikan MPV baru itu kerana design yang lebih menarik dengan harga yang berpatutan.

Namun, tular pula beberapa keping gambar menunjukkan kereta Alza baru berwarna hitam terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain, Hyundai Tuscon dan Perodua Kancil.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, kemalangan itu berpunca daripada sebuah Proton Saga yang keluar simpang secara tiba-tiba sehingga terlanggar Hyundai.

Disebabkan perlanggaran itu, Hyundai terbabit terbabas dan merempuh Perodua Kancil serta Alza tersebut.

Gambar kemalangan itu yang tular mendapat perhatian ramai di mana rata-ratanya memberikan komen masing-masing.

Ramai yang berasa kagum dengan ciri keselamatan pada Alza baru itu selepas pemandu dan penumpang kenderaan terbabit selamat daripada mengalami kecederaan lebih parah.

Namun, ramai turut bersimpati dengan pemilik Alza itu memandangkan ia baru dimiliki tetapi sudah terlibat dalam kemalangan.

Malah, plastik yang membaluti tempat duduk juga masih belum dibuka lagi. Seorang netizen berkata,

Naya owner Alza baru itu yang terawal dapat dah accident pula.”

COMMENTS