Persefahaman kerajaan dan PH banyak manfaat untuk rakyat – Adham

Persefahaman kerajaan dan PH banyak manfaat untuk rakyat – Adham

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani oleh kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) membawa banyak manfaat kepada negara dan rakyat.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan usaha membantu rakyat merupakan asas kepada persetujuan menandatangani MoU tersebut.

Beliau menjelaskan, ia juga akan menjadikan politik negara stabil ketika sedang berdepan krisis kesihatan dan ekonomi.

“Dengan usaha tersebut kita yakin ia membawa manafaat yang banyak kepada orang ramai dan tumpuan kita tentu sekali memulihkan semula sektor ekonomi yang terjejas teruk dengan pandemik ini.

“Dengan persefahaman yang dipersetujui ini kita ada naratif baharu yang mana kita ada pendekatan mengutamakan rakyat dan mengembleng tenaga bagi membantu masyarakat,” katanya kepada Astro AWANI.

Pada Selasa, buat pertama kalinya dalam sejarah politik negara, satu MoU antara kerajaan dan pembangkang telah ditandatangani.

Memorandum persefahaman itu ditandatangani selepas beberapa siri pertemuan pemimpin PH dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diadakan.

COMMENTS