Nak tunjuk sangat hisap rokok, kan dah kena mulut

Nak tunjuk sangat hisap rokok, kan dah kena mulut

Walaupun sudah tahu tentang keburukannya, masih ramai masyarakat yang mengambil ringan tentang masalah kesihatan yang bakal dihadapi jika menghisap rokok.

Selain dari memberi kesan sampingan pada masalah kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling, ia juga merupakan satu tauladan yang tidak elok dipaparkan kepada kanak-kanak kecil. Tambahan pula, jika mereka seseorang yang mudah terpengaruh.

Seperti satu video yang tular di platform Facebook baru-baru ini memaparkan tiga orang budak kecil berjantina lelaki sedang menghisap rokok.

Dapat dilihat mereka bertiga amat teruja untuk mencuba rokok terbabit tetapi di sebalik keterujaan mereka, salah seorang daripada budak lelaki itu tercucuh api rokok pada mulutnya.

Kerana kesilapan menghisap rokok berkenaan secara terbalik, mulutnya mempunyai kesan luka akibat dari api pada rokok itu.

komen fb

komen fb

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen seperti tidak sangka budak di usia itu sudah mengamal kehidupan yang tidak sihat dan mempersoalkan dimana ibu bapa mereka.

COMMENTS