Lelaki rogol anak tiri 3 tahun sampai kena buang rahim

Lelaki rogol anak tiri 3 tahun sampai kena buang rahim

Seorang lelaki telah dikembiri secara kimia atau dikasi selepas merogol anak tirinya yang berusia lapan tahun dan menyebabkan kecederaan fizikalnya sehingga doktor terpaksa mengeluarkan rahimnya.

Perogol yang telah berkahwin empat kali itu didakwa melakukan penderaan seksual selama tiga tahun bermula dari usia mangsa lima tahun, menurut mahkamah di Kazakhstan.

Dia telah mengancam untuk membunuh mangsa jika dia cuba memberitahu ibunya.

Susulan itu, selepas didapati bersalah, hakim mengenakan hukuman 25 tahun penjara dengan keselamatan maksimum dan memerintahkannya menjalani “pengembirian kimia secara paksa”.

Menurut rekod, tertuduh juga didakawa pernah merogol mangsa di hadapan adiknya yang berusia lima tahun.

Kronologi kes terbongkar

“Anak saya beritahu bahawa dia pening sebab terjatuh, saya tidak faham lalu mengangkatnya, dan dia sedang berdarah di bahagian tersebut. Sejurus selepas itu, tertuduh mendekati saya lalu mengaku dan meminta ampun,” kata ibu mangsa.

Ibu mangsa yang terkejut tidak sedarkan diri, apabila dia terjaga terdapat pisau di hadapannnya dan perogol tersebut meminta untuk membunuhnya atas perbuatan yang dia lakukan.

“Dia mengambil telefon saya. Saya berpura-pura dan berjaya mendapatkan semula telefon, dan saya terus menelefon ambulans,” sambung ibu mangsa.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital di mana nyawanya berada dalam bahaya selama sebulan, dan rahimnya telah dikeluarkan melalui pembedahan kerana berlaku kerosakan dalaman yang kronik.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dengan kawalan ketat dan pengembirian kimia atau kasi secara paksa ke atas lelaki tersebut.

COMMENTS