Lelaki nekad tembak anak tiri gara-gara enggan slowkan muzik

Lelaki nekad tembak anak tiri gara-gara enggan slowkan muzik

Berang kerana buka muzik terlalu kuat, seorang lelaki dipercayai telah menembak anak tirinya sehingga mati dalam kejadian di daerah Bor Thong, Thailand.

Menurut laporan The Thaiger, mangsa yang berusia 36 tahun telah terbunuh setelah ditembak di bahagian dada dan lengan kanan.

Ketua Polis Bor Thong, Kapten Chutiwat berkata pihak mereka telah menerima laporan berkaitan kejadian tembakan itu pada 26 Julai lalu.

Suspek memberitahu pihak polis bahawa dia membesarkan mangsa sejak usia satu tahun dan menyayanginya seperti anak sendiri. Bagaimanapun, mereka dipercayai sering bergaduh kerana bunyi muzik yang dipasang oleh mangsa terlalu kuat.

Ketika hari kejadian, suspek mendakwa bahawa dia tidak dapat mengawal kemarahan dan menembak mangsa selepas enggan memperlahankan muzik.

“Saya terbawa-bawa oleh perasaan marah. Dia mengejek dan memprovokasi saya untuk menembaknya selepas saya cuba menyuruhnya memperlahankan bunyi muzik kerana saya mahu tidur,” katanya.

Menurut suspek lagi, isterinya sering meleraikan pergaduhan mereka sebelum ini tetapi ketika kejadian dia tiada di rumah.

Difahamkan, isterinya yang sedang tidur di rumah kakaknya turut mendengar bunyi tembakan.

Suspek menjerit meminta isterinya datang dan apabila tiba di tempat kejadian dia mendapati anaknya sudah mati.

Sementara itu, suspek kini telah didakwa atas tuduhan membunuh menggunakan senjata api.

COMMENTS