Kononnya jual kuih, rider kantoi ronda kawasan untuk curi parcel

Kononnya jual kuih, rider kantoi ronda kawasan untuk curi parcel

Walaupun membeli secara atas talian lebih mudah namun ada kalanya ia tidak selamat untuk pengguna dalam situasi tertentu. Terutamanya isu kehilangan atau kecurian parcel yang menjadi antara mimpi ngeri orang ramai sewaktu menunggu barang yang dibeli sampai.

Macam baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang rider yang kononnya menjual kuih namun akhirnya kantoi mencuri parcel di sebuah kawasan perumahan. Rakaman CCTV yang dikongsikan oleh pemilik rumah juga tular dikongsikan dan menerima kecaman dari netizen.

@infokepalabatas_official

-K.E.S.C.U.R.I-Zaman sekarang ni mudah sangat nak buat duit kan..Kes beberapa hari lepas.. berlaku di salah satu taman di Kepala Batas..Dia buat2 ronda taman, singgah di salah satu rumah jiran, buat2 nak jual kuih.. lepas tu dia ronda satu taman.. tgk ada parcel atas gate, dia rembat parcel tu 🧐Dik oii.. Taman ni keliling ada CCTV dik.. nak lari mana?Buat Delivery Rider ni.. No plate dah dapat.. detail semua dah ada..Muda lagi hang ni dik.. nak report pun kesian kat hang..Rugi ja masa

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan rakaman CCTV di mana kelihatan seorang rider yang sedang meronda di dalam kawasan perumahan itu. Menurutnya, rider itu berpura-pura kononnya dia menjual kuih dan sedang menghantar pesanan kepada pelanggan.

Namun dia kemudiannya berhenti di salah sebuah rumah dan mengambil parcel yang ditinggalkan di atas tembok. Lelaki itu dipercayai menggunakan trick menjual kuih di kawasan tersebut sebelum dia kemudiannya mengambil parcel yang tidak sempat diambil oleh pemilik rumah.

rider

Penyamaran yang dilakukan oleh lelaki itu juga dilihat begitu menyakinkan apabila dia turut membawa beg meletak barang yang selalu digunakan para rider. Pihak polis turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Bertam Putra itu namun tiada laporan polis yang dilaporkan.

Menurut pemilik video, dia sudah menerima nombor plat motorsikal tersebut dan memintanya memulangkan semula parcel tersebut dengan baik. Video yang tular ini turut menerima kecaman dari netizen yang menganggap tindakannya ini telah mencemarkan imej para rider yang lain.

COMMENTS