KKM akan hantar pasukan khas dirikan ICU di negeri ada lonjakan kes – Khairy

KKM akan hantar pasukan khas dirikan ICU di negeri ada lonjakan kes – Khairy

Kementerian Kesihatan menubuhkan unit pasukan pantas yang akan dihantar untuk mempersiapkan kemungkinan lonjakan Covid-19 disebabkan oleh varian baru virus.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberitahu parlimen unit itu akan dapat mendirikan ICU modular dan menghantar bekalan tabung oksigen ke mana-mana negeri yang memerlukan.

“Kita akan pastikan tidak berlaku seperti dahulu di mana ada katil tidak ada oksiygen yang mencukupi,” katanya pada sesi soalan menteri hari ini.

Sabah had experienced a sharp increase in cases from mid July before peaking at the end of August. Cases in the state are now trending down.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Shafie Apdal (Warisan-Semporna), yang prihatin mengenai kekurangan katil hospital dengan kemampuan bekalan oksigen di negeri ini.

Dia berkata di Semporna, hanya ada 5 katil dengan oksigen paip.

Khairy mejelaskan dia sedar masalah itu setelah kunjungannya ke Sabah baru-baru ini, dan kerajaan telah mengirim 480 silinder oksigen, dan 48 regulator oksigen ke sana untuk membantu meredakan keadaan.

Sabah mengalami peningkatan kes yang ketara dari pertengahan Julai sebelum memuncak pada akhir bulan Ogos. Kes di negeri itu kini menurun.

Tahap penggunaan kati ICU di Sabah sekarang pada 76.5 peratus.

COMMENTS