Ketua Menteri Punjab masuk Hospital gara-gara minum air sungai tercemar

Ketua Menteri Punjab masuk Hospital gara-gara minum air sungai tercemar

Dua hari selepas dia minum segelas air terus dari Kali Bein, sungai yang dikatakan suci di Sultanpur Lodhi, India, Ketua Menteri Punjab Bhagwant Mann dimasukkan ke Hospital Indraprastha Apollo di Delhi akibat sakit perut pada hari Selasa lepas. Sumber berkata, dia telah menjalani ujian perubatan dan masih berada di wad.

Minum air ‘suci’

Walaubagaimanapun, dikatakan penyakitnya itu dirahsiakan dengan ketat oleh kerajaan kerana dia dikejarkan ke Ibu Kota tanpa seluruh kakitangan keselamatannya.

Malah, Pejabat Ketua Menteri mengesahkan bahawa tiada berita kemasukan Bhagwant ke hospital walaupun seorang pegawai mengatakan bahawa beliau sihat dan bersemangat, dan mempunyai hari yang padat pada hari Khamis dengan menghadiri mesyuarat berturut-turut yang dijadualkan.

Ahad lepas, Bhagwant telah melawat Sultanpur Lodhi untuk menandakan ulang tahun ke-22 pembersihan Kali Bein, lapor The Indian Express.

Kerajaan telah mengeluarkan gambar Mann sedang minum segelas dari Bein. Videonya juga telah menjadi viral. Kenyataan kerajaan telah mengatakan bahawa beliau menanam anak pokok di tebing Bein dan juga minum air daripada anak sungai.

Sementara itu, sekitar jam 8 malam pada hari Rabu, beliau melalui Twitter mengucapkan tahniah kepada Polis Punjab dan Pasukan Petugas Anti-Samseng kerana berjaya melaksanakan operasi terhadap dua penembak yang didakwa terlibat dalam pembunuhan penyanyi yang bertukar menjadi ahli politik Sidhu Moosewala.

COMMENTS