Isteri terkilan suami hanya tinggalkan tulang ikan cetus persoalan netizen

Isteri terkilan suami hanya tinggalkan tulang ikan cetus persoalan netizen

Kadang kala kaum suami sering mengambil ringan apabila emosi si isteri tidak stabil dan menganggap ia sebagai satu perangai ‘mengada-ngada’ apabila hal remeh juga ingin diperbesarkan.

Jika wanita itu dikurniakan pasangan yang memahami, sememangnya ia satu perkara yang amat indah, namun jika sebaliknya, pasti sudah banyak hal yang membuatkan si isteri ‘makan hati’.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri serta ibu di TikTok ini, dia menceritakan perangai suaminya yang amat mementingkan diri.

@bojosijiwae

Ya Allah semoga besok ada rezeki ku untuk makan enak😭 #ibuasi #ASI #sad

♬ Tak Ingin Usai – Keisya Levronka

Melalui perkongsiaan video itu, difahamkan ketika wanita itu sedang menyusukan anaknya, dia berasa teruja apabila mengetahui si suami membakar ikan untuk dijadikan lauk santapan pada hari itu.

Apakan daya, mereka tidak dapat makan bersama kerana wanita itu belum siap menyusukan anaknya. Bagaimanapun, setelah selesai menyusukan anak, wanita ini meletak harapan yang tinggi untuk memakan ikan bakar terbabit tetapi alangkah kecewanya apabila mendapati ikan tersebut hanya tinggal tulang.

komen tiktok

komen tiktok

Tetapi, apabila melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang berbeza iaitu wanita terbabit tidak perlu untuk menceritakan hal rumah tangga di dalam media sosial dan menasihatinya agar menggunakan platform terbabit dengan bijak.

Kebanyakkannya kurang senang dengan perbuatan wanita itu berkongsikan hal seperti itu kerana seakan-akan mengaibkan suami sendiri.

Dalam pada masa yang sama, ada juga meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang amat memahami diri mereka dan tidak bersifat mementingkan diri.

COMMENTS