“Ingatkan luka kecil”, Jari kena bedah gara-gara terkena duri buah sawit

“Ingatkan luka kecil”, Jari kena bedah gara-gara terkena duri buah sawit

Disangkakan luka kecil tetapi akhirnya bertukar kepada kecederaan parah yang membawa ke bilik pembedahan.

Itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki apabila jarinya tertusuk duri buah sawit ketika sedang bekerja.

Lelaki itu juga bernasib baik kerana jarinya dapat diselamatkan disebabkan tindakan mendapatkan rawatan di hospital dengan pantas.

Memetik laporan mStar, isteri kepada lelaki tersebut yang mahu dikenali sebagai Fazlin Stella, 28, memberitahu suaminya, Mohd Aidil Ahmad Jamili, 31, terlibat dalam kecelakaan berkenaan ketika sedang menyusun buah sawit di dalam lori untuk dihantar ke kilang.

@faiqfahairasy

#CapCut cepat sembuh suamiku .hati2 yang bekerja dengan sawit bisa betul duri dia … #fyp #abangSawit

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Katanya, Aidil cuba menyusun buah yang nampak berbonggol bagi memudahkan untuk ditutup dengan kanvas tetapi malangnya telah tergelincir dan terjatuh di atas timbunan buah sawit.

Ketika itulah duri sawit termasuk ke dalam jari, pada awalnya Aidil mencabut duri dan meneruskan kerja kerana tidak terasa sakit.

Namun, selepas beberapa hari kesakitan pada jari suaminya tidak berkurangan dan telah mencuba pelbagai petua tetapi bengkak kelihatan semakin ketara.

Pada hari ketiga, Aidil memutuskan untuk mendapatkan rawatan di klinik tetapi dengan segera dimasukkan ke hospital akibat bengkak teruk dan bernanah.

Menurut Fazlin, jari suaminya terpaksa dibedah dan doktor menyatakan kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan jangkitan makin parah dan jari boleh dipotong.

Fazlin juga ada terbaca di dalam komen TikToknya di mana ada individu yang meninggal dunia akibat terkena duri sawit.

Buat masa ini, Aidil masih lagi dalam proses penyembuhan dan Fazlin sempat menasihati supaya jangan ambil mudah dengan bahaya duri sawit.

COMMENTS