“Ingatkan daging, rupanya tali mop lantai dalam roti canai?!”

“Ingatkan daging, rupanya tali mop lantai dalam roti canai?!”

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi pengalamannya makan di sebuah restoran.

Wanita itu difahamkan memesan set roti canai namun tidak menyangka ‘benda’ lain pula yang dijamahnya!

Dalam video tersebut, wanita tersebut dilihat menangis barangkali kerana merasa terlalu geli dan trauma dengan apa yang dijumpai dalam makanan yang dipesannya itu.

@yonabii_

trauma member #fypシ #fypmalaysia #fypberanda #mamakontraciocia

♬ original sound – Bubih – Bubih

Difahamkan wanita itu berulang kali mengunyah roti canai tersebut namun tidak juga lumat apabila digigit.

Rupa-rupanya, yang disangkakan roti canai adalah tali mop lantai!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa mual tekak melihatkan video tersebut dan turut bersimpati dengan wanita itu yang terpaksa melalui pengalaman menjijikkan itu.

roti canai mop lantai

Malah, pengusaha restoran itu tidak mengambil sebarang tindakan sepatutnya malah mengenakan caj penuh ke atas wanita itu.

Ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman sama ketika makan di restoran dan menjumpai benda asing dan meloyakan.

“Pernah minum air teh o ais ada baby lipas tapi dah separuh baru perasan. Bagitahu mamak dia cakap mungkin jatuh dari atas tapi saya tak perasan.” cerita seorang warga maya mengenai pengalamannya.

COMMENTS