Gara-gara pakai gigi palsu tiruan, lelaki ini terpaksa dicabut semua giginya

Gara-gara pakai gigi palsu tiruan, lelaki ini terpaksa dicabut semua giginya

Trend mendapatkan rawatan gigi dari Doktor Palsu yang wujud dalam media sosial semakin serius buat masa ini

Selain penjagaan kulit wajah, kesihatan gigi dan mulut juga amat penting kerana ia menjadi ‘tarikan utama’ yang dilihat terlebih dahulu ketika bercakap.

Bagaimanapun, tidak semua orang dikurniakan dengan gigi yang cantik, malah jika usia semakin meningkat, penggunaan gigi palsu mungkin diperlukan.

Apabila mengalami masalah gigi, kita dinasihatkan untuk segera bertemu dengan doktor gigi bagi merawatnya namun kewujudan ‘doktor gigi’ yang tidak bertauliah sejak beberapa tahun yang lalu telah memberi kesan yang buruk kepada orang ramai.

Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar mengenai pemakaian pendakap gigi palsu yang sangat berleluasa terutama dalam kalangan anak muda.

Kini, perkhidmatan pemakaian ‘gigi palsu’ yang palsu juga telah wujud.

Perkara itu telah didedahkan oleh doktor gigi, Dr Arif menerusi laman Twitter mililknya.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

“Demi Jodoh, Aku Relakan”

Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.

Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal.

“Encik, gigi palsu ini buat di mana?”

“Oh, saya buat di ‘swasta’ dekat KL,”

“Swasta? Swasta mana? Apa nama kliniknya?”

“Err…entahlah dr”

Aku dah rasa semacam.

“Encik, dr tu buat di klinik atau sekadar di hotel, rumah atau bilik?”

“Oh haaa dekat hotel!”

Ya Salam! Sah ini doktor gigi palsu!

Terkejut aku tengok keadaan gigi pesakit ini. Ingatkan pendakap gigi & veneer saja ada palsu, rupa-rupanya gigi palsu (denture) pun ada yang palsu?!

“Berapa encik pasang macam ni?”

“RM500 saja dr….”

Mengucap panjang aku. Satu klinik dengar. Pembantu aku dah geleng kepala.

“Kenapa encik pasang dan dah berapa lama pasang?”

“Saya pasang sejak 2 tahun lepas sebab nak berkahwin. Seganlah takde gigi. Bila dapat tawaran murah begini saya sambar terus”.

Sayang, disebabkan mengambil jalan pintas gigi lelaki ini terpaksa dicabut semua, atas dan bawah. Tak dapat diselamatkan sebab denture yang dia pakai langsung tak ada kualiti. Tak mengembalikan fungsi asal dan gigitan gigi. Sudahlah ikat dawai sana sini.

Pengajarannya

1. Jaga gigi dari awal lagi. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
2. Buat pemeriksaan berkala. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau ada masalah sekurang-kurangnya boleh cegah awal.
3. Jangan percaya doktor gigi yang buat tawaran di hotel/rumah/bilik.

Gigi palsu dekat kerajaan yang penuh atas dan bawah baru RM100. 

Kalau yang separa penuh tak sampai RM100 pun huwaaaa.

Kalau ada jumpa mana-mana doktor gigi palsu atau mereka yang memberikan perkhidmatan pergigian selain di klinik gigi, segera laporkan ke sini!

COMMENTS