Dua pasangan maut, sempat campak anak sebelum dirempuh lori

Dua pasangan maut, sempat campak anak sebelum dirempuh lori

Seorang ibu sempat bertindak mencampakkan anaknya yang berusia empat tahun dari motosikal sebelum terlibat dalam kemalangan di Jalan Transyogi Cibulur, Bekasi.

Lapor CNN Indonesia, kanak-kanak tersebut dilaporkan selamat, manakala ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh motosikan yang dinaiki dirempuh sebuah lori tangki minyak.

Kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan oleh seorang pengawal keselamatan, dikenali sebagai Kunto, 36, yang turut berada di tempat kejadian.

Katanya, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dia dengan pantas cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut terlebih dahulu.

Darah hanya dapat dihentikan selepas mendapat bantuan kecemasan dan mangsa terus di bawa ke hospital bagi tujuan menerima lawatan lanjut.

Isnin lalu, sebuah lori tangki minyak telah merempuh dua kereta dan 10 motosikal yang menyebabkan  10 mangsa terkorban. Kejadian itu berlaku di sebuah kawasan lampu isyarat dengan jalan sedikit menuruni bukit. Lori berkenaan dipercayai hilang kawasalan dan merempuh kenderaan yang sedang berhenti di belakang lampu isyarat berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang ahli keluarga mangsa, Rendra 37, berkata kanak-kanak itu terjatuh 10 meter selepas dicampak oleh ibunya dari motosikal yang dinaiki mereka.

Renda juga memberitahu bahawa ketika itu kanak-kanak menjerit mencari ibunya memandangkan lokasi dia dicampak dengan tempat kejadian tidaklah begitu jauh.

“Ibu mangsa berjaya menyelamatkan anaknya walaupun pada akhirnya dia sendiri maut di tempat kejadian. Kanak-kanak itu berada dala  keadaan baik dan sudah mulai aktif seperti biasa,” jelas Rendra lagi.

COMMENTS