Ditinggalkan lepas 3 hari nikah, diceraikan setahun kemudian atas sebab…

Ditinggalkan lepas 3 hari nikah, diceraikan setahun kemudian atas sebab…

Setiap pasangan yang bercerai itu pasti adalah sebab yang tersendiri.

Seperti kisah dari negara seberang ini yang mendapat perhatian ramai warganet di aplikasi TikTok.

Menerusi perkongsian seorang wanita, dia mendedahkan bahawa sepupu perempuannya telah ditinggalkan dan digantung tak bertali selepas 3 hari pernikahan.

Berdasarkan video dikongsikan di TikTok, sepupunya itu dilihat keluar dari pejabat agama dalam keadaan tersenyum dan gembira.

@indahpsptsri4

♬ suara asli – zayn – zainul

Selepas meraih lebih 8 juta tontonan, wanita tersebut turut menerangkan perkara sebenar yang telah berlaku antara sepupu dan pasangan lelakinya itu.

Difahamkan, wanita itu ditinggalkan tanpa khabar berita selepas 3 hari bernikah malah si suaminya juga dikatakan mendiamkan diri dan ‘menghilang’ sehingga setahun.

Melalui ruangan komen, dia menjelaskan bahawa sepupunya itu diceraikan selepas setahun berkahwin hanya kerana ibu mentuanya mahukan menantu yang bekerja sebagai doktor.

Ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada sepupunya itu dan turut memuji kecantikannya.

Ada yang pelik bagaimana wanita cantik dan mampu menanggung suaminya sendiri itu ditinggalkan hanya kerana tidak bergelar seorang doktor.

COMMENTS