Dipukau warga asing, peniaga durian rugi RM4K

Dipukau warga asing, peniaga durian rugi RM4K

Ilmu pukau selalunya digunakan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan mencuri duit dalam keadaan empunya diri tidak sedar dengan apa yang terjadi. Selalunya mereka yang berniaga antara yang kerap menjadi mangsa dalam kejadian pukau ini.

Macam yang dilalui oleh wanita ini yang merupakan peniaga durian di mana dia mengalami kerugian sebanyak RM4,000 gara-gara dipukau. Kejadian yang berlaku ini juga turut membuatkan wang hasil dari perniagaan durian itu lesap begitu sahaja dalam sekelip mata.

@rifrairam

Salam.. hati² zaman sekarang zaman pukau semakin brleluasa, . Allahu 4k lesap !!!semua dh buat report polis,mujur laaa ada CCTV ade jgk bahan² bukti. . muka dh terpampang ,naik HONDA ACCORD plat kereta dh npk(tpi syg plat palsu). . si pemukau tu muka pakistan/arab,dia buat kerja 2orang(mgkin rmai lagi puak² dia). . kepada peniaga² mcm saya jgn mudah trpedaya jika ade org nk tukar duit ke?nk tkr no siri duit tu ke? #shareguy #fypシ゚viral

♬ original sound – Farah Intan ❤️ – Farah Intan ❤️

Menerusi video yang dikongsikan, wanita itu memberitahu dia terjebak menjadi mangsa pukau oleh individu tidak dikenali yang datang ke gerai duriannya ini. Menurutnya, dua individu tidak dikenali itu disyaki adalah warga asing berdasarkan rakaman CCTV yang berjaya diperoleh.

Difahamkan, dua warga asing itu datang untuk menukar duit dengannya sebelum bertindak melakukan pukau padanya. Selepas kejadian tersebut, peniaga wanita itu memberitahu mereka kerugian sebanyak RM4,000 di mana wang hasil perniagaan itu lesap dibawa pergi.

@rifrairam

Reply to @runnerkuantan

♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

Kejadian yang berlaku itu berjaya dirakamkan oleh CCTV kedai runcit yang berada di sebelah gerai durian miliknya ini. Berdasarkan rakaman itu juga, dapat dikenalpasti nombor plat kereta yang digunakan oleh warga asing itu adalah palsu.

Peniaga wanita itu telah membuat laporan polis dan turut meminta para peniaga yang lain berhati-hati selepas ini. Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama bersimpati dengan nasibnya ini dan berkongsikan petua yang boleh digunakan bagi mengelakkan dipukau.

“Orang selalu kata bawak seekor kucing.”

pukau

“Laju buat kerja.”

wanita

“Esok bawak kucing dok situ.”

komen

“Orang tua-tua cakap kat rumah kena sediakan penyapu lidi bila ada orang nak pukau ilmu dia tak menjadi…”

tik tok

COMMENTS