Budak hisap nano spray macam vape, muka bangga asap keluar dari mulut

Budak hisap nano spray macam vape, muka bangga asap keluar dari mulut

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan beberapa orang kanak-kanak lelaki yang bermain dengan Nano Spray.

Menerusi video tersebut, dilihat kanak-kanak itu menggunakan alat Nano Spray untuk dijadikan seperti alat rokok elektronik ataupun vape.

Difahamkan, kanak-kanak itu telah meletakkan air teh di dalam nano spray berkenaan dan menyedut asap yang dihasilkan alat tersebut.

Eksperimen anak nano spray diganti air teh dan di jadikan rokok vape.

Malah, mereka turut dilihat bangga setiap kali mengeluarkan asap daripada mulut mereka dan bermain ‘acah-acah’ sepeti hisap vape.

@marion_yola1

eksperimen anak nano spray diganti air teh dan di jadikan rokok vape #nanospray #anakjamannow

♬ suara asli – _𝙧𝙞𝙯𝙖𝙡𝙗𝙚𝙣𝙪 – _𝙧𝙞𝙯𝙖𝙡𝙗𝙚𝙣𝙪

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mempersoalkan sama ada tindakan mereka itu selamat dilakukan oleh kanak-kanak.

Woii tu untuk toner spray tauu eyyy budak nii – Netizen.

Entah lah tapi setahu saya asap dari mana mana sumber tak elok masuk ke badan,” tulis seorang pengguna TikTok.

COMMENTS