Baru selesai tunai Haji, jemaah Indon pakat tukar baju ala glamor dalam flight

Baru selesai tunai Haji, jemaah Indon pakat tukar baju ala glamor dalam flight

Kepulangan jemaah haji ke tanah air sangat memberi detik kenangan yang besar untuk mereka kerana berjaya menunaikan ibadah haji dan pulang dalam keadaan sihat dan selamat. Ada juga daripada yang siap bersujud syukur setibanya di tanah air.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sekumpulan jemaah haji yang ‘rare’ dan boleh dikatakan tak pernah dibuat orang!

Pakai baju glamor selepas tunai haji, dah macam nak pergi ‘fashion show’!

Video berdurasi 20 saat itu telah dikongsi di laman TikTok Ravid Hams (@ravidhams) yang memaparkan sekumpulan jemaah haji dari Indonesia yang cantik bergaya dengan pakaian ala-ala glamor dalam flight semasa perjalanan pulang ke tanah air.

Video tersebut menunjukkan pelbagai fesyen yang telah ditampilkan oleh sekumpulan jemaah haji dari negara jiran itu yang mengenakan pakaian yang ‘bling-bling’ siap memakai set barangan kemas dan tidak ketinggalan turut berdandan ketika di dalam pesawat.

Pakaian mereka juga telah menarik perhatian ramai orang termasuk penumpang dan kru penerbangan yang berada dalam pesawat tersebut. Dah macam nak pergi fashion show guys!

@ravidhams

Jamaah Haji Bugis Makassar jii😂😂#fypシ #tiktokindo #fypviral #fyp #fypage #jamaahhajiindonesia2022 #jamaahindonesia🇮🇩 #jamaahhaji2022 #makassar #makassarinfo

♬ Tang Tang Tang Viral TikTok ( KEJU JOGET ) – Dj Choko

Rupanya dah jadi tradisi di sana sejak 1970

Sebenarnya, trend menampilkan gaya glamor sesudah pulang dari Tanah Suci sudah menjadi budaya atau tradisi di sejumlah daerah di Sulawesi Selatan menurut Merdeka.com.

Tokoh agama di sana juga mengatakan tidak ada isu terkait dengan pakaian glamor ini dan ia tak perlu diperbesarkan. Ada juga di antara mereka menganggap sebagai tanda untuk memuliakan haji.

“Itu kan tergantung pada budaya masyarakat. Islam itu hanya mengajarkan soal tutup aurat, bagaimana modelnya itu urusan orang.”

Orang tunai haji dulu diangkat sebagai tokoh agama

Pada masa dulu, masyarakat di Sulawesi Selatan yang berangkat haji merupakan daripada golongan bangsawan dan boleh dikatakan juga mendapat status sosial dalam kalangan masyarakat dimana orang yang menunaikan haji ini dianggap sebagai tokoh agama.

Kini, semua orang mampu untuk menunaikan haji walaupun bukan daripada golongan bangsawan dan daripada itulah mereka bersemangat untuk berhias sebagai tanda penghargaan dapat menunaikan haji dan pulang dengan selamat.

“Walaupun mereka bukan keturunan bangsawan, tetapi setelah berhaji itu menjadikan mereka memiliki kedudukan sosial yang berarti di tengah masyarakat.”

COMMENTS