Anak diwarded, gara-gara rambut gugur ibu terlilit pada jari

Anak diwarded, gara-gara rambut gugur ibu terlilit pada jari

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fatima Az Zahra yang berkongsi pengalaman apabila anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam ward gara-gara hair tourniquet syndrome (HTS).

Menerusi hantaran tersebut, dilihat sehelai rambut telah terlilit pada bahagian jari anaknya sehingga menjadikan jarinya bengkak dan membiru.

Malah, menurut Fatima anaknya terpaksa melalui prosedur bagi memotong serta mengeluarkan helaian rambut atau benang yang sudah tertanam di dalam kulit jari anaknya.

baby

Anak saya pula jenis cool je. Demam tak, menangis pun tak. Tiba-tiba jari dah macam ni.

Dalam pada itu, Fatima turut menitip pesanan buat ibu-ibu di luar sana agar sentiasa memeriksa tangan atau kaki anak-anak jika mereka sedang berada di dalam fasa mahu pegang semua barangan.

Bagi ibu-ibu yang rambut gugur, rajin-rajin lah tengok tangan anak tu. Takut terlambat dan jari mati.

baby

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terkejut melihat bagaimana sehelai rambut atau benang boleh melilit begitu ketat pada jari kanak-kanak itu selain mendoakan kesembuhannya.

Kesian kesayangan ni, dia tak nangis langsung.. good girl sangat tak bagi maknya panic – netizen.

Ya Allah.. semoga dipermudahkan urusan.. anak saya suka sangat mengutip semua benda masuk mulut, rambut saya pun banyak gugur.. saya akan lebih alert lepas ni,” tulis seorang pengguna Facebook.

COMMENTS