34 tahun kahwin rupanya tak sah, sebab guna wali hakim warga asing

34 tahun kahwin rupanya tak sah, sebab guna wali hakim warga asing

Pasangan mana yang tidak sedih apabila perkahwinan yang sudah dibina bertahun lama hancur sekelip mata disebabkan kesalahan diri sendiri.

Satu kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok ini yang juga difahamkan bekerja sebagai pendaftar nikah boleh dijadikan pengajaran buat orang ramai.

Melalui perkongsiaan tersebut, wanita berkenaan datang semula kepada pendaftar nikah berkenaan untuk mendaftar semula perkahwinan bersama suami, tetapi satu berita yang tidak disangka berlaku apabila mendapati perkahwinan yang dibina selama 34 tahun tidak sah.

@tokadi_hipster

Tolong lah jangan main2 bab wali ! 🫤

♬ Astaghfirullah – Opick

Difahamkan, perkahwinan yang dibina bertahun-tahun itu tidak sah disisi agama serta syarak kerana mereka menggunakan wali hakim yang bukan warganegara.

Apabila ditanya kenapa menggunakan wali hakim warga asing, wanita itu memberitahu bapanya tidak merestui perkahwinan terbabit kerana perlu berpoligami dan disebabkan itu, mereka terpaksa menggunakan wali hakim tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati atas nasib anak-anak mereka yang terpaksa menerima khabar yang tidak enak seperti ini atas kepentingan diri ibu bapa mereka.

komen tiktok

komen tiktok

COMMENTS