3 ekor ikan paus besar ditemui di perairan Langkawi

3 ekor ikan paus besar ditemui di perairan Langkawi

Umum mengetahui bahawa Malaysia dikurniakan dengan samudera yang terbentang indah dan dihuni oleh pelbagai jenis hidupan marin.

Bagaimanapun, hidupan seperti ikan paus sangat jarang untuk ditemui walaupun haiwan itu sememangnya ada.

Terbaru, tular mengenai tiga ekor ikan paus yang dipercayai telah ditemui di sekitar Pulau Payar dan Segantang, Selatan Pulau Langkawi pada 25 Jun lalu.

Memetik laporan Mothership, tiga mamalia itu telah dikesan oleh sekumpulan individu yang menaiki bot di pulau tersebut.

@madylangkawi

#harike2servey paus#langkawi

♬ Zikir Subhanallah – Unic & Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre

Rakaman video yang memaparkan kesemua ikan paus itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @madylangkawi dan menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Ketika ditemui, ketiga-tiga ikan paus tersebut dilihat sedang memakan sesuatu.

Sementara itu, seorang pegawai Jabatan Perikanan Langkawi berkata ikan paus kadang kala dapat dilihat di perairan Langkawi.

@madylangkawi

#allahamdulilh jumpa lagi hari ne kja servey paus#langkawi

♬ Pirates of the Caribbean – Ralimsa

“Ya, ikan paus itu memang dilihat melalui perairan Langkawi, tetapi ia bermusim,” katanya.

Terdahulu, sepasang ikan paus pembunuh juga telah dikesan di perairan Terengganu pada Julai 2019. Ia dipercayai menjadi penampakan pertama seumpama itu di kawasan tersebut.

Rata-rata netizen teruja melihat aksi ikan paus tersebut dan tidak kurang juga ada yang ‘gerun’ melihatnya.

@madylangkawi

#jumpa lagi paus hari ne Alahamdulillah#langkawi

♬ Pirates of the Caribbean – Ralimsa

COMMENTS